Empat Kalimah Di Dalam Al-Quran

Mengenal Agama-Agama Sebelum Islam dan Kitab Sucinya – ARTIKULA.IDاَلإلَهُ الرَّبُّ اَلْعِبَادَةُ اَلْدِّينُ
al-Ilah, ar-Rabb, al- ‘Ibadah, ad-Din

Keempat kata tersebut, adalah empat istilah pokok dalam al-Quran dan merupakan titik-tolak dan tujuan sekaligus. Maka titik-tolak atau dasar dan tujuan al-Quran yang utama itu ialah: (1) Bahawasanya Allah s.w.t., adalah Ilah satu-satunya, yakni Tuhan yang Maha Esa.(2) Bahawasanya Allah s.w.t., adalah satu-satunya Rabbul alamin, yakni, Pemilik dan Penguasa utama seluruh semesta dan segenap penghuninya.
Dia tidak beranak dan tidak diberanakkan. (3) Bahawasanya, tiada yang menjadi sekutu Allah, baik dalam Uluhiyah, mahupun Rububiyah (Dalam Ketuhanan mahupun KekuasaanNya) itu. (4) Bahawasanya, tidak ada Ilah (Tuhan) mahupun Rabb (Penguasa) selain Dia (Allah s.w.t.). 

Dengan demikian, maka sayugianyalah orang menerima Allah itu sebagai satu-satunya Tuhan dan  enguasanya sekaligus. Yakni menolak dan menentang ketuhanan mahupun kekuasaan pihak lain. Hendaknya ia selalu berpihak Allah sebagai Tuhan. Dan tunduk serta patuh padaNya sebagai Rabb, Pemilik dan 
Penguasa utamanya. Hendaknya ia menjunjung tiang agama Allah, iaitu norma- norma alamiah dan insaniah yang merupakan ketentuan-ketentuan Allah yang sejak dahulu berlaku di alam ini, baik di bumi mahupun di udara atau langit.

Selengkapnya di download
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Leave a comment